Sabtu, 31 Mac 2012

:: Tamatkan Penantian Itu ::

Ada ungkapan yang mengatakan sukarnya mencari wanita yang solehah sama seperti mencari gagak putih. Ungkapan ini ada kebenarannya, terutama kita yang hidup di akhir zaman ini. Namun apapun cabarannya, wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun, tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidupnya. Apa nak dihairankan, bukankah si pengotor pun sukakan kebersihan.Secara ringkasnya, mencari isteri yang solehah mestilah bermula dengan ilmu. Kita mesti ada ilmu tentang ciri-ciri wanita solehah. Dengan ilmu, kita boleh menyuluh sifat-sifat seorang wanita yang solehah secara ilmiah. Tanpa ilmu kita akan terkeliru, yang mana intan, yang mana kaca. Untuk mendapat ilmu, kita perlulah mengaji dan mengkaji isi kitab-kitab, buku-buku dan mnghadiri majlis pengajian yang disampaikan oleh para ustaz dan alim ulama.Menerusi ilmu, kita dapat terlalu banyak kriteria seorang wanita solehah. Antara ciri-ciri wanita solehah itu ialah menjaga solat, taat ibu bapa, berakhlak, menutup aurat dan lain-lain perintah dalam ajaran Islam. Itu baru soal lahiriah yang ketara oleh penglihatan mata. Namun ciri wanita solehaha bukan sekadar sifat luaran, tetapi ia juga menyentuh sifat dalaman seperti memiliki sifat sabar, redha, syukur, pemurah dan lain-lain.Jika ini menjadi ukuran, mencari yang solehah memanglah sukar sebab menilainya samalah seperti meneropong ke dalam hati seseorang. Kata orang, yang tutup aurat pun belum tentu solehah. Kata orang, 'kulit' yang baik belum tentu isinya juga baik.Jadi bagaimana ya? Jangan dipersukarkan. Mari kita permudahkan. Caranya cukup ringkas dan mudah. Tidak payah bersusah payah hendak mengukur atau 'meneropong' iman dan taqwa orang lain. Caranya ialah : Jadikan diri kita dahulu calon suami atau lelaki yang soleh.Kenal pasti dahulu ciri-ciri suami yang soleh, kemudian bina semua ciri itu di dalam diri sendiri terlebih dahulu. Muhasabah pula soal hati, soal dalaman... muhasabah iman dan taqwa kita sendiri. Bisikkan ke hati, apakah kita telah menjadi seorang lelaki yang soleh atau sekurang-kurangnya sedang berusaha menjadi soleh ? Padankah sifat-sifat orang yang soleh dengan diri sendiri ? Sudah ada atau belum ? Jawab dengan jujur. Hai, itu sukar, kan ? Memang sukar. Tetapi itu tentunya jauh lebih mudah daripada hendak mengukur iman di hati orang lain.Inilah kaedah yang paling tepat untuk mendapat isteri yang solehah. Mungkin cara ini agak lambat, tetapi inilah cara yang paling tepat. Kaedah ini ada kelebihannya. Sebab kunci kejayaannya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita membina sifat-sifat soleh... maka lebih cerahlah peluang untuk mendapat isteri yang solehah. Semuanya bermula dengan usaha terhadap diri kita sendiri.Kita harus malu kepada Allah (dan diri kita sendiri juga), jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kadang-kadang lucu juga bila mendengar cerita betapa ada pemuda yang tunggang-langgang hidupnya di bandar, kaki botol, berpeleseran, berjudi dan lain-lain perbuatan maksiat tetapi bila hendak berumah tangga minta ibu carikan wanita yang solehah di kampung.Apa pandangan kita tentang ini ? Apakah kaedah ini boleh berjaya ? Jika anda seorang wanita, sanggupkah anda menerima lelaki yang semacam itu ? Saya tidak persoalkan kewajaran kita mendidik selepas berkahwin nanti, tetapi jika diberi pilihan apakah pilihan anda ? Tentulah anda menolak calon suami yang sedemikian. Pada kaum lelaki yang seperti itu, kita ingin mengingatkan, tergamakkah kita menipu orang lain dan menipu diri sendiri apabila kita inginkan yang baik sedangkan kita tahu akan keburukan diri sendiri ?Jadi marilah kita segera tamatkan penantian akan kedatangan wanita solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan cir-ciri seorang lelaki yang soleh pada diri sendiri. Ubahlah diri, untuk merubah orang lain. Tegasnya, jika kita menjadi soleh, maka solehah akan muncul dengan sendirinya. Ingat, jadilah soleh, bukan cari solehah. Yakinlah janji Allah memalui firman-Nya :''... dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik...'' (An-Nur : 26)Namun jika belum ketemu juga, bisikkanlah ke dalam hati... Aku belum lagi menjadi soleh, sebab itu Allah belum kurniakan aku seorang wanita yang solehah sebagai isteri!~ JADI SOLEH DAPATSOLEHAH ~

Isnin, 6 Jun 2011

.:: Wanita , Pakaian & Tabarruj ::.

Pakaian hari ini dapat diperlihatkan dengan bola mata kita sendiri.Pelbagai ragam muslimah kita dalam memilih corak dan cara berpakaian.Tapi adakah semua itu bersesuaian dengan syariat Islam??? Islam sebagai agama yang syumul telah menetapkan setiap muslimah dan mukminah supaya gerak-gerinya baik,elok dipandang dan hidup teratur dengan rapi dalam mengenakan pakaian dan perhiasan dan tidak melanggar apa yang digariskan dalam Islam. mereka mestilah mengetahui konsep berpakaian dan perhiasan yang digariskan menurut perspektif Islam yang sebenarnya. Ini bukanlah bertujuan untuk menyekat kebebasan kita tetapi untuk kebaikan kita sebagai umat Islam sendiri.

Allah s.w.t. telah berfirman yang marhumnya :
''Hai anak cucu Adam!Sesungguhnya Kami telah menurunkan pakaian yang dapat menutup aurat-aurat kamu untuk perhiasan.''

Erti tabarruj ialah membuka sesuatu dan menampakkan sesuatu untuk tontonan mata. Ia juga bererti memaksa diri untuk membuka sesuatu yang harus disembunyikan. Namun begitu, ia mempunyai maksud yang khusus iaitu menampakkan kecantikan dan perhiasannya kepada lelaki yang lain. Oleh kerana bersolek ada kaitannya dengan aurat, maka Islam telah menetapkan beberapa hukum seperti yang terdapat dalam hukum aurat.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Ahzab, mafhumnya :
''Dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah dahulu.''

Rasulullah sewaktu menerima bai'ah daripada wanita Islam bernama Umaimah Binti Ruqauyah telah memasukkan syarat agar meninggalkan amalan bersolek secara jahiliah sebagai satu perkara yang mesti dipatuhi. Kenapa Islam melarang wanita bersolek ???

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud :
''Aku telah melihat di dalam neraka, aku lihat kebanyakan penghuninya wanita. Sebabnya sedikit sekali yang patuh pada Islam dan Rasulnya, kurang taat kepada suami dan kuat bersolek.''

CIRI2 PAKAIAN WANITA ISLAM :


1. menutup aurat.
2. tidak terlalu nipis sehingga menampakkan bayangan dari luar.
3. tidak membangkitkan ghairah nafsu kaum lelaki.
4. warna suram atau gelap.
5. tidak disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga 
    dengan  badan perempuan tersebut kerana bau-bauan ada pengaruhnya dengan 
    nafsu kelamin lelaki ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan sehingga lelaki 
    tercium baunya, Rasulullah menyifatkan mereka sebagai penzina dan pelacur.
6. hendaklah tidak menyerupai pakaian kaum lelaki atau meniru cara 
    lelaki berpakaian. Rasulullah s.a.w. pernah menangis menceritakan keadaan wanita 
    di neraka, disebabkan wanita tidak menutup rambutnya di hadapan lelaki yang 
    bukan mahramnya.


''ADUHAI PUTERIKU SAYANG....
MALUMU MAHKOTA YANG TIDAK PERLUKAN SINGGAHSANA
TETAPI IA BERKUASA MENJAGA DIRI DAN NAMA
TIADA SIAPA YANG DAPAT MERAMPASNYA
MELAINKAN KAU SENDIRI YANG PERGI MENYERAH DIRI.''

Ahad, 5 Jun 2011

.:: 3 soalan di padang mahsyar ::.

-(1)-

tentang UMURmu, bagaimana kita menghabiskannya ???
>> sepanjang mana umur kita maka sepanjang tempoh itulah kita akan ditanya sama ada kita telah memanfaatkan umur kita atau kita banyak membazirkannya dengan perkara2 yang kurang manfaatnya.
>> berapa banyak amal kebajikan kita, ibadat atau maksiat kita lakukan....

-(2)-

tentang HARTAmu, ke mana kita sumbangkannya ???
>> sebanyak mana harta yang kita kumpulkan maka sebanyak itulah nanti yang akan diperiksa dan dianalisis untuk mengetahui sama ada kita telah benar2 memanfaatkan harta kita pada jalanNYA atau kita hanya bazirkannya pada perkara2 yang kurang berfaedah.
>> banyak mana sumbangan harta kita kepada perjuangan Islam atau hanya pembaziran semata2....

-(3)-

tentang ILMUmu, sejauh mana kita amalkan dan sebarkannya???
>> ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah.
>> jika kita hanya menyimpan ilmu tanpa ingin untuk luaskannya maka tunggulah balasan dariNYA kerana orang yang berilmu mempunyai pilihan sama ada nanti dia akan dimasukkan ke Neraka atau ke Syurga disebabkan oleh ilmunya....

.:: bila sifat malu tidak berfungsi ::.

Biasa kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga. Kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di  jalan raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang. Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba. Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita berbeza daripada lelaki. Terdapat banyak kelainannya. Dalam sebuah hadis Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : 
'' Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki , lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat MALU ''(hadis riwayat Baihaqi)

Wanita, apa pun yang dilakukannya pasti akan mendapat perhatian lelaki, kalau dia buat baik, dikagumi, apabila buat jahat, diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan macam-macam lagi yang menarik perhatian. Oleh sebab itu, Allah s.w.t. mengurniakan kepada wanita sifat malu. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak, hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya, hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. TAPI APA HALNYA KALAU TIDAK TAHU MALU??? Tentulah mereka tidak akan memikir semua itu. Pedulikan apa kata orang, pedulikan kalau orang tengok, tak kisah kalau orang mengganggu atau mengusik, bahkan mereka rasa senang, seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu. Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari,Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
''Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.''

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu pada diri manusia. Barangkali wanita hari kebanyakannya tidak malu atau kurang malu. Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian, bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya, mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada Allah dan tidak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Ini tandanya mereka tiada iman. Apabila tidak beriman makan sifat malu sedia ada itu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh dilihat di mana-mana. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam, kemungkaran berlaku, tidak terkecuali dilakukan oleh wanita. Sayang, wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah akan berpakaian sopan, berakhlak mulia, dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum wanita. 

WAHAI SAHABAT...RENDAHKAN SUARAMU, JAGALAH AURATMU, JANGANLAH MENAMBAH DOSA DENGAN BERPAKAIAN KETAT, BERTUDUNG TETAPI JARANG DAN MENARIK PERHATIAN...INGATLAH APABILA KITA SERONOK MELAKUKAN DOSA MAKA SERONOK ITU AKAN HILANG DAN DOSA ITU AKAN KELAK...TETAPI APABILA KITA PENAT MELAKUKAN KEBAIKAN..KEBAIKAN ITU AKAN KELAK DAN PENAT ITU AKAN HILANG...TINGKATKAN AMAL IBADAT, JANGANLAH MENGHAMPIRI PERBUATAN YANG MEMBAWA KEPADA PENZINAAN...JAGALAH PERHUBUNGAN DENGAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAM...JANGAN BIARKAN ISLAM DIFITNAH DENGAN SEBAB PERBUATAN KITA...TAKUTLAH PADA AZAB ALLAH S.W.T.!!SESUNGGUHNYA AZAB ALLAH AMAT PEDIH...GUNAKANLAH ILMU DI DADA DEMI MENCAPAI REDHA ALLAH...insyaallah..



Rabu, 1 Jun 2011

Susahkah Menjadi Wanita Islam ???

Dikala cuti menjelma ini tangan pon mulalah mencari bahan bacaan yang boleh diisi dikala kekosongan minda ini.Tekan punya tekan ada satu artikel yang rasa best la kalu dikongsikan bersama pembaca semua.Bukan mudah nak jumpa.


Betullah apa yang dikongsikan ukhti Rahmah.Nak tahu apa yang dikongsikan??BAcalah di bawah ini.

Ada kaum wanita berkata,,, “susah menjadi wanita ISLAM”. Lihat saja peraturan dibawah ini :

1. Wanita auratnya lebih susah dijaga dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang dibanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki.
5. Wanita harus menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak ada di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang beribadah kerana masalah haid dan nifas yang tidak dialami lelaki.


PERNAHKAH KITA BERFIKIR SEBALIKNYA…??
Aurat serta perhiasan wanita adalah suatu yang sangat mahal dan berharga…
makanya..
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak, bukan? Itulah bandingannya antara seorang muslimah dgn pompuan jalanan.

Satu:
Wanita perlu taat kepada suami, tetapi lelaki pun wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Dua:
Wanita menerima pusaka atau warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya.
Manakala lelaki menerima pusaka atau warisan, ia akan menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anaknya.

Tiga:
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat, dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini, dan matinya jika saat melahirkan adalah syahid.

Empat:
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan mempertanggungjawabkan 4 wanita ini:
Isterinya, ibunya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya.

Lima:
Seorang wanita pula, tanggung jawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini:
Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara, lelakinya.

Enam:
Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui pintu manapun yang disukainya cukup dengan 4 syarat saja :
Solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat pada suaminya dan menjaga kehormatannya.

Tujuh:
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat pada suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, ia akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaAllah…
demikian sayangnya Allah pada wanita, kan?
Bagaimana……? Masih merasa tidak adil?
masih tak nak jaga aurat??
Berbahagialah menjadi seorang Muslimah!!!^_^